Kerja Kosong TUKANG K2 GRED R11 (SENI HALUS PERTUKANGAN KAYU)

Kerja kosong sebagai TUKANG K2 GRED R11 (SENI HALUS PERTUKANGAN KAYU) at di INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1. JAWATAN: TUKANG K2 GRED R11 (SENI HALUS PERTUKANGAN KAYU)

1.1 JADUAL GAJI :
P1T1 RM 661.14 - P1T15 RM 1220.16
P2T1 RM 702.28 - P2T15 RM 1278.24
P3T1 RM 744.63 - P3T15 RM 1337.53
1.2 KEMUDAHAN IMBUHAN DAN BAYARAN TETAP BULANAN:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup RM 300.00

2.SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

2.1Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; ATAU

2.2 Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan; DAN

2.3 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU

2.4 Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau yang diperakui oleh Ketua Perkhidmatan sebagai setaraf dengan piawaian Sijil MLVK Pertengahan;

2.5 Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

3 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

3.1 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K3 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Gred R11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)mempunyai kelayakan di perenggan 2.1; dan
(b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4.TARAF JAWATAN    : TETAP

3. CARA MEMOHON :

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 23.5 X 10 CM bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

Satu sampul surat hanya bagi satu borang sahaja untuk jawatan yang hendak dipohon. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:-

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup permohonan : 18 NOVEMBER 2008.

Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil atau Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir yang telah disahkan benar bagi kelayakan yang disyaratkan (termasuk salinan sijil bagi kelayakan Bahasa Malaysia).  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima akan ditolak.

CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.  Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan

03-62797000

http://www.frim.gov.my/job/job51.htm

« Previous PageNext Page »